Posts Tagged ‘belajar teknikal analisis’

Adakah FOREX ini “SCAM”?

Menjawab Blog “Mungkinscam”.

Baru-baru ini BNM membuat satu pengumuman agar berhati-hati dengan skim FOREX yang TIDAK SAH. Ya.. tentunya dengan apa saja yang tidak sah dari segi undang-undang, maka kita perlu berhati-hati. Persoalannya, adakah apa yang dipaparkan dalam akhbar itu tepat? Banyak persoalan yang belum dijawab sebenarnya seperti:

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan skim FOREX yang tidak sah itu?
  2. Bagaimana Intrepetasi sebenar Exchange Control Act 1953 dalam soal ini?

Saya tidak menafikan wujud skim yang cuba menangguk di air keruh menggunakan skim FOREX ini. Namun begitu, rakyat perlu jelas konsep dan takrifan undang-undang sebenar mengenai FOREX agar penilaian dapat dilakukan dengan adil.

Blog “mungkinscam” pada saya mengupas isu ini dengan agak dangkal. Mereka hanya “copy paste” artikel tanpa memberikan ulasan yang adil, lantas mudah melabelkan orang yang terlibat dengan forex sebagai bodoh dan low mentality..:) Admin blog ini MUNGKIN terdiri drp:

  1. Orang yang tak pernah terlibat dengan FOREX
  2. Orang yang mengalami kerugian besar dalam FOREX akibat kebodohan sendiri dan akhirnya terlalu kecewa sehingga berpatah arang berkerat rotan dengan FOREX
  3. Orang yang memang tak faham apa sebenarnya isu FOREX ini menyebabkan mereka tak pasti FOREX ni scam atau tidak. Sebab tu nama blog pun “MUNGKINscam”

Saya akan cuba menjawab persoalan ini secara mudah. InsyaAllah.

Mengapa BNM Begitu Tegas dengan FOREX?

FOREX merupakan pasaran kewangan yang paling volatile. Dalam erti kata lain ia amat berisiko. Jesteru, BNM mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan rakyat Malaysia dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu yangingin mengambil kesempatan. (saya setuju dengan “Mungkinscam” mengenai isu ini.)

Jadi Apakah Melibatkan Diri Dalam FOREX itu Salah?

YA dan TIDAK.

Kita perlu melihat isu ini dari konteks undang-undang. Mengikut Perkara 4(1), ECA 1953, Di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh berurusniaga FOREX dan EMAS.  Dalam erti kata lain, mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh berurusniaga FOREX di Malaysia ini. Di Malaysia agen-agen FOREX berdaftar merujuk kepada Pengurup Matawang Berlesen (BNM)

Secara mudah, melalui konteks ECA 1953, anda tidak boleh menjalankan aktiviti tukaran wang asing seperti pengurup mata wang jika tidak berlesen. Simple as that.

Bagaimana Dengan FOREX Trading Melalui Internet?

Inilah yang menjadi isu apabila ECA dibaca secara buta tuli dan “Mungkin”. Lantas, semua yang berkaitan FOREX akan dihentam tanpa sebarang rasa rendah diri bahawa mungkin yang menghentam tu pun tak tahu undang-undang sebenarnya. Nama pun “MUNGKINscam” kan..

Untuk makluman semua termasuk “MUNGKINscam”, ECA 1953 DIKEMASKINI pada tahun 1969. Saya ulang, 1969… Jesteru, tiada satu peruntukkan khas yang benar-benar jelas untuk mengawal selia urusniaga FOREX melalui internet ini memandangkan penggunaan Internet untuk FOREX trading bermula sekita 1990-an.

Yang salah dalam ruang lingkup ECA 1953 adalah menjalankan urusniaga jual beli matawang asing tanpa lessen, atau membantu, memujuk dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan DI MALAYSIA samada kepada Residen atau Non- Residen.

Realiti FOREX Trading Sekarang

Memandangkan Malaysia tidak mempunyai broker yang sah untuk menguruskan urusniaga FOREX, maka sesiapa yang mempunyai kemampuan boleh saja berurusniaga dengan broker-broker berdaftar di Negara-negara maju yang lain seperti UK atau US. Broker-broker seperti FXCM, Interbank etc,  adalah broker yang SAH dari segi perundangan Negara mereka.

Apabila rakyat Malaysia menggunakan broker ini sebagai platform, samalah seperti kita membeli pelaburan di Negara UK atau US dan ia tidak termasuk di bawah bidangkuasa ECA 1953 dalam konteks yang dinyatakan tetapi termasuk dalam EXCHANGE CONTROL NOTICES 9 –Investment Abroad di bawah tajuk ini: (ECM9)

“Investment By Individual” -

A resident individual with domestic ringgit credit facilities is allowed to convert ringgit into foreign currency up to RM1 million per calendar year for investment in foreign currency assets.

Kalau Residen yang ada pinjaman domestik pun dibenarkan, apalagi kalau duit sendiri… Jadi kalaupun nak jadi isu adalah sekiranya, jumlah pelaburan luar Negara melebihi limit yang ditetapkan, itu saja..

Jawab hujah “MUNGKIN Scam”

MS: Trader beranggapan mereka trade dalam market, tetapi hakikatnya trader hanya bermain dengan broker. Broker boleh mengawal keseluruhan operasi trading dari software khas. Dengan kata lain, trader sebenarnya tertipu.

Betarian: Broker hanya menyediakan platform utk urusniaga, sama seperti broker saham lah. Bukti bahawa bukan broker yang menentukan rates adalah rates yang dinyatakan adalah konsisten dengan rates yang dipaparkan di sumber berita seperti Bloomberg dan sebangainya.

MS: Kebanyakan broker mengaku sebagai pemilik lesen yang sah, sedangkan sebenarnya tidak.

Betarian: KEBANYAKAN bukan SEMUA. Jadi sapa suruh trade dengan broker yang tak sah.. check la dulu… jangan main MUNGKIN aje….

MS: Trader dalam erti kata lain, berjudi dengan trader lain dan bermain dengan broker. Penjudi yang kalah akan dipastikan sentiasa lebih ramai dari penjudi yang menang. Broker yang untung.

Betarian: Trader  tidak berjudi. Kami memasuki pasaran berdasarkan Technical Analysis dan Fundamental Analysis kami. Sama seperti pelabur saham. Dan untuk pengetahuan MS, broker bukan memperoleh keuntungan melalui kerugian traders tapi spread yang dikenakan sebelum transaksi dibuat. Mungkin MS dulu masuk tanpa ilmu dan berjudi tak? MUNGKIN la…

MS: Trader yang kalah tidak akan menyalahkan broker kerana sentiasa menyalahkan diri sendiri, robot atau news.

Betarian: La.. kenapa nak salahkan orang kalau memang salah sendiri? Takkan mereka yang rugi saham nak pergi bakar broker? Patutla MS tulis macam ni.. suka menyalahkan orang. Diri sendiri yang takde ilmu sebenarnya.

MS:  ’FOREX’ dalam konteks artikel ini adalah scam terancang dan sangat licik.

Betarian: Yang salah bukan FOREX, tapi mereka yang mengambil deposit daripada orang lain secara tidak sah dan menjalankan pelaburan bagi pihak tuan punya duit tu… kalau duit sendiri, kita trade sendiri, guna broker sah macam FXCM ke Interbank ke takde masalah.. sila baca ECM9…

KESIMPULAN

Harap artikel ini dibaca secara rasional dan terbuka. Kesimpulannya:

  1. FOREX bukanlah satu scam. Yang scam hanyalah orang yang menggunakan FOREX untuk menipu orang lain dengan MENGAMBIL DEPOSIT SECARA TIDAK SAH seperti Skim Pak Man Telo, dan seumpamanya.
  2. Carilah Broker yang sah dan berdaftar di UK atau US seperti FXCM atau Interbank untuk pelaburan FOREX anda.
  3. Sebolehnya, jangan beri wang anda kepada orang lain untuk dilaburkan. Duit anda, biar anda yang trade. Pelaburan FOREX perlu dipelajari dan didalami kerana ia bukan PERJUDIAN TOTOK, ia adalah seperti perniagaan.
  4. Kepada sesiapa yang merasakan FOREX itu salah, jangan cepat menuding jari mengatakan orang yang terlibat dengan FOREX itu Bodoh dan low mentality… MUNGKIN ada yang tertipu, tapi itu bukan salah FOREX.. itu salah diri sendiri yang tidak mempunyai ilmu….. MUNGKIN…

Wassalam

Tips Memilih Kelas Forex

Assalamualaikum

FOREX merupakan satu bentuk pelaburan yang menjanjikan potensi pulangan paling tinggi berbanding bentuk pelaburan lain seperti Emas, Hartanah dan Saham. Namun begitu, FOREX juga merupakan pelaburan paling berisiko berbanding pelaburan lain. Ini kerana, FOREX merupakan pelaburan paling “volatile” (kadar turun naik yang pantas dalam julat yang besar).

FOREX perlu dipelajari. Ia bukan sesuatu yang boleh difahami dalam masa yang singkat. Jika anda ingin berjaya dalam FOREX, anda perlu menganggap FOREX sebagai satu perniagaan dan bukan hobi. Anda perlu mengeluarkan MODAL dan MASA bagi memastikan perniagaan anda berjaya.

KELAS FOREX – Mengapa anda perlukannya?

Manusia mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Jesteru, kita memerlukan pemudah cara bagi menjelaskan sesuatu konsep kepada kita. Benar, ada orang yang tidak memerlukan Kelas FOREX pun untuk memahaminya. Tetapi, sudah pasti ia memerlukan masa yang lama (berbulan-bulan atau bertahun-tahun)  serta komitment yang tinggi untuk menguasai ilmu FOREX. Bukan semua orang punyai masa yang lapang untuk komited untuk memahami FOREX secara bersendirian. Jesteru, Kelas FOREX berperanan dalam mengoptimumkan penggunaan masa dalam memahami FOREX.

KELAS FOREX – Bukan Jaminan Anda Berjaya

Kelas FOREX hanya menyediakan kefahaman asas serta beberapa input penting sebagai persediaan awal sahaja. Anda perlu faham bahawa pelaburan FOREX adalah sesuatu yang dinamik dan proses pembelajaranya tidak akan berakhir.

TRADER YANG BERJAYA TIDAK SEMESTINYA GURU YANG BERKESAN

Arsene Wenger bukanlah seorang pemain terbaik di zamannya, tetapi dia mampu mengubah Arsenal menjadi juara. Garry Kasparov merupakan pemain catur paling hebat di dunia, tetapi beliau tidak mampu melahirkan pemain yang hebat malah Garry sendiri dilatih oleh pemain yang mempunyai rating lebih rendah dari beliau. Pencapaian peribadi seorang guru tidak semestinya menjamin kemampuannya untuk memberi kefahaman mengenai sesuatu ilmu.

TIPS MEMILIH KELAS FOREX

1. Elakkan mengikuti kelas forex yang tidak realistik seperti menjanjikan pulangan ribuan ringgit dalam sekelip mata.

2. Elakkan kelas forex yang menjanjikan satu sistem ajaib atau short cut untuk mendapatkan untung (menghafal indikator).

3. Cari kelas Forex yang tidak mengenakan caj terlalu mahal.

4. Kalau boleh, nilai kelas FOREX melalui artikel-artikel mereka dan bukan pencapaian individu.

5. Kalau anda mampu, belajarlah dengan lebih dari seorang guru / kelas.

Persiapan Mental Seorang FX Trader

“FX Trading is 45% IQ, 45% EQ & 10% Luck”

Dalam apa saja yang kita lakukan, persiapan mental amat penting. Persiapan mental yang cukup dapat membantu kita menjadi seorang individu yang lebih baik, tenang dan dapat melakukan keputusan dengan lebih tepat. Melibatkan diri dalam FX Trading memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Mental yang bersedia akan menjadikan emosi lebih stabil. Persiapan mental yang baik akan membantu traders untuk:

1. Memahami sifat pasaran FX dengan lebih mendalam.

2. Menerima keterbatasan (limitation) indikator-indikator dalam Technical Analysis.

3. Memahami pergerakan harga dengan lebih baik

4. Menerima risiko kerugian dengan lebih tenang

5. Menjadikan anda Trader yang lebih matang

TIPS PERSEDIAAN MENTAL SEORANG FX TRADER

Anda Tidak Boleh Jadi Jutawan Sekelip Mata Melalui FX Trading

Ramai traders baru menganggap FX Trading adalah kunci kepada kekayaan dalam masa yang singkat. Ini adalah satu SALAH TANGGAPAN yang AMAT SERIUS. FX Trading adalah seperti perniagaan konvensional yang lain. Ia bukan satu pasaran ajaib yang menjamin kekayaan sekelip mata. Ia perlu diperoleh secara berperingkat, bergantung kepada ILMU, PENGALAMAN, MODAL serta TUAH anda.

Bukan Semua Orang Boleh Berjaya Dalam FX Trading

“Kalau dia boleh, kenapa tidak saya?” adalah satu ungkapan motivasi yang baik namun harus diaplikasi dengan bijaksana. Tuhan mengurniakan manusia minat, ilmu dan sifat yang berbeza-beza. Jesteru, tahap kefahaman, kestabilan emosi, serta pengurusan risiko antara manusia juga berbeza. Sebagai contoh, seorang jutawan Insurans belum tentu dapat menjadi jutawan MLM dan sebaliknya. Seorang peniaga kain yang berjaya belum tentu akan berjaya jika dia menjual kereta. Jadi, kenali diri anda sebelum memberi komitment terhadap sesuatu pelaburan.

Pasaran FX Dibentuk Oleh Manusia, Bukan Robot

Pasaran FX bukan dibentuk oleh komputer yang rigid. Ia dibentuk oleh manusia-manusia dari pelbagai latar belakang ilmu, sifat serta tahap emosi. Jadi, memahami pasaran FX samalah seperti anda cuba memahami reaksi jutaan manusia. Ia adalah sesuatu yang sukar dan tidak dapat dikuasai serta-merta. Ia memerlukan masa, pengalaman dan ilmu yang perlu dikemaskini setiap masa.

Technical Analysis Tidak 100% Tepat

Petunjuk dalam analisis carta hanyalah satu reaksi dari rangkuman keputusan jutaan FX Trader di seluruh dunia. TA bukanlah peramal harga ajaib. Jadi, walau sehebat mana pun analisis anda, pastikan anda akur bahawa TA berpotensi untuk tersasar.

FX Adalah Pelaburan Paling Berpotensi Tetapi Ia Bukan Segalanya!

Jangan meletakkan 100% harapan untuk hidup senang dengan FX. FX Trading hanyalah salah satu dari banyak cabang pelaburan yang mempunyai potensi pulangan yang tinggi. Pelbagaikan sumber pelaburan anda.

Sesuaikan dengan tahap modal anda dan pengurusan risiko anda.

Technical Analysis

Technical Analysis (TA) telah wujud lebih dari 100 tahun dulu. sebelum wujudnya perisian komputer, TA hanya difahami oleh golongan profesional yang mempunyai akses terhadap pasaran sebenar. Mereka menganalisis sikap pelabur berdasarkan keputusan yang mereka buat. Tujuan kajian adalah untuk menganggar harga sesuatu pelaburan pada masa hadapan berdasarkan sentimen atau maklumat yang diterima pada tempoh semasa.

Adakah TA 100% Tepat?

Jawapannya tentulah TIDAK. TA hanya merupakan alat bantu dalam membuat keputusan saja. Sama seperti ubat. Walau sehebat mana pun ubat itu, seorang doktor tidak mampu menjamin 100% keberkesanannya kerana kesannya mungkin berbeza antara setiap individu.

Ingat!

1. TIADA Teknik yang berkesan sepanjang masa

2. TIADA Teknik yang berkesan untuk semua bentuk pelaburan

Masa Adalah Segalanya!

Masa (Timing) adalah satu elemen penting dalam membuat keputusan. Contoh, ketika memasak, kita sering bertanya “bila boleh masukkan rencah?”, ketika bercucuk tanam atau bertani “Bila nak mula letak baja atau siram air?”. Begitulah halnya dengan membuat keputusan untuk melabur, tak kira lah dalam FOREX, Emas atau saham, MASA ADALAH SEGALANYA.

Mengapa TA Penting Untuk Difahami?

TA digunakan untuk menjawab persoalan BILA ingin membeli dan BILA ingin menjual sesuatu sekuriti. Persoalan ini penting kerana untung atau rugi sesuatu urusniaga sekuriti amat bergantung kepada MASA MASUK (Entry) dan MASA KELUAR (Exit). Sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Contoh:

Pada tahun 1929, harga saham US menjunam teruk, sekiranya sesorang membeli saham pada tahun tersebut, ia memerlukan masa 22 tahun untuk mendapatkan kembali modalnya!

Contoh: Air Asia
Sekiranya anda membeli saham AirAsia pada Ogos 2009 – RM1.56, maka anda sudah kerugian sebanyak RM0.28 (18%) bagi seunit saham memandangkan harga semasa adalah RM1.28!

Jika anda membeli pada akhir Jun 2009 – Harga RM1.08, Untung sekarang adalah RM0.48 (30%) seunit!. Ini adalah contoh pentingnya pengetahuan mengenai TA dalam membuat keputusan pelaburan.

FOKUS PADA HARGA & TREND!

Trend adalah merujuk kepada kecenderungan arah pasaran yang ketara. Trend terbahagi kepada tiga:

1. Trend menaik (Upward, Bullish)
2. Trend menurun (Downward, Bearish)
3. Trend mendatar (Sideways)

Harga sesuatu sekuriti adalah hasil dari reaksi kelompok pembeli dan penjual dalam sesebuah pasaran. Reaksi mereka terbentuk dari maklumat yang mereka terima. Maklumat mengenai sesuatu sekuriti terdiri dari pelbagai faktor samada fakta sahih, pendapat, emosi dan spekulasi.

Secara mudah, sebarang harga ditentukan oleh kuasa pasaran iaitu Permintaan dan Penawaran. sekiranya Permintaan (Pembeli) lebih dominan, maka harga akan meningkat, sebaliknya jika Penawaran (Penjual) lebih dominan, harga akan jatuh.

Ada ketika, dua kelompok ini tidak dapat membuat keputusan dan mengambil langkah tunggu dan lihat. Ini terjadi apabila mereka menanti satu maklumat penting yang signifikan terhadap harga pasaran. Ketika ini pasaran tidak aktif dan harga biasanya mendatar.