Apa Itu FOREX?
FOREX adalah singkatan daripada FOREIGN EXCHANGE atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Tukaran Wang Asing. Secara mudah, FOREX merujuk kepada aktiviti jual-beli matawang asing bagi memperoleh keuntungan melalui perbezaan nilai matawang yang diniagakan.
Antara matawang utama yang diniagakan dalam pasaran FOREX adalah:
1. USD – (Dollar Amerika)
2. GBP – (Pound Sterling)
3. EUR – (Euro)
4. JPY – (Yen Jepun)
5. AUD – (Dollar Australia)
6. CHF – (Swiss Franc)
Matawang Ringgit Malaysia tidak didagangkan secara bebas dalam Pasaran FOREX walaupun kita sudah mengapungkan nilai RM di pasaran. Ia bertujuan mengelakkan ketidakstabilan nilai RM akibat spekulasi pedagang FOREX.
Satu Transaksi Melibatkan “Jual DAN Beli”
Dalam FOREX, dua jenis matawang yang didagangkan dalam satu-satu masa. Secara teknikalnya ia disebut “Currencies Pair”. Contohnya ialah seperti GBP/USD atau (GU), USD/JPY atau (UJ), AUD/USD atau (AU) dan sebagainya. Matawang yang pertama dalam setiap pair dikenali sebagai Base Currency manakala yang kedua disebut Quote Currency.
Contoh:
Bagi pair GBP/USD = GBP adalah Base Currency manakala USD adalah Quote Currency.
Bagi pair USD/JPY = USD adalah Base Currency manakala JPY adalah Quote Currency.
Secara mudah, Base Currency adalah matawang yang lebih tinggi nilainya berbanding Quote Currency.
TIDAK AKAN ada pair JPY/USD atau USD/GBP dalam FOREX!
Dalam FOREX, apabila arah pasaran dijangka naik, kita biasanya akan membeli Pair (BUY/LONG). Jika pasaran dijangka jatuh, kita akan menjual Pair (SELL/SHORT).
Dalam situasi BUY, kita sebenarnya membeli Base Currency dan pada masa yang sama menjual Quote Currency kerana kita menjangkakan nilai base currency akan terus meningkat berbanding Quote Currency yang dijangka akan jatuh.
Dalam situasi SELL pula, kita sebenarnya Menjual Base Currency dan pada masa yang sama membeli Quote Currency kerana jangkaan yang nilai Base Currency akan terus merosot berbanding nilai Quote Currency yang dijangka meningkat.




