Apa Itu FOREX?

FOREX adalah singkatan daripada FOREIGN EXCHANGE atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Tukaran Wang Asing. Secara mudah, FOREX merujuk kepada aktiviti jual-beli matawang asing bagi memperoleh keuntungan melalui perbezaan nilai matawang yang diniagakan.

Antara matawang utama yang diniagakan dalam pasaran FOREX adalah:
1. USD – (Dollar Amerika)
2. GBP – (Pound Sterling)
3. EUR – (Euro)
4. JPY – (Yen Jepun)
5. AUD – (Dollar Australia)
6. CHF – (Swiss Franc)

Matawang Ringgit Malaysia tidak didagangkan secara bebas dalam Pasaran FOREX walaupun kita sudah mengapungkan nilai RM di pasaran. Ia bertujuan mengelakkan ketidakstabilan nilai RM akibat spekulasi pedagang FOREX.

Satu Transaksi Melibatkan “Jual DAN Beli”

Dalam FOREX, dua jenis matawang yang didagangkan dalam satu-satu masa. Secara teknikalnya ia disebut “Currencies Pair”. Contohnya ialah seperti GBP/USD atau (GU), USD/JPY atau (UJ), AUD/USD atau (AU) dan sebagainya. Matawang yang pertama dalam setiap pair dikenali sebagai Base Currency manakala yang kedua disebut Quote Currency.

Contoh:

Bagi pair GBP/USD = GBP adalah Base Currency manakala USD adalah Quote Currency.
Bagi pair USD/JPY = USD adalah Base Currency manakala JPY adalah Quote Currency.

Secara mudah, Base Currency adalah matawang yang lebih tinggi nilainya berbanding Quote Currency.

TIDAK AKAN ada pair JPY/USD atau USD/GBP dalam FOREX!

Dalam FOREX, apabila arah pasaran dijangka naik, kita biasanya akan membeli Pair (BUY/LONG). Jika pasaran dijangka jatuh, kita akan menjual Pair (SELL/SHORT).

Dalam situasi BUY, kita sebenarnya membeli Base Currency dan pada masa yang sama menjual Quote Currency kerana kita menjangkakan nilai base currency akan terus meningkat berbanding Quote Currency yang dijangka akan jatuh.

Dalam situasi SELL pula, kita sebenarnya Menjual Base Currency dan pada masa yang sama membeli Quote Currency kerana jangkaan yang nilai Base Currency akan terus merosot berbanding nilai Quote Currency yang dijangka meningkat.

Technical Analysis

Technical Analysis (TA) telah wujud lebih dari 100 tahun dulu. sebelum wujudnya perisian komputer, TA hanya difahami oleh golongan profesional yang mempunyai akses terhadap pasaran sebenar. Mereka menganalisis sikap pelabur berdasarkan keputusan yang mereka buat. Tujuan kajian adalah untuk menganggar harga sesuatu pelaburan pada masa hadapan berdasarkan sentimen atau maklumat yang diterima pada tempoh semasa.

Adakah TA 100% Tepat?

Jawapannya tentulah TIDAK. TA hanya merupakan alat bantu dalam membuat keputusan saja. Sama seperti ubat. Walau sehebat mana pun ubat itu, seorang doktor tidak mampu menjamin 100% keberkesanannya kerana kesannya mungkin berbeza antara setiap individu.

Ingat!

1. TIADA Teknik yang berkesan sepanjang masa

2. TIADA Teknik yang berkesan untuk semua bentuk pelaburan

Masa Adalah Segalanya!

Masa (Timing) adalah satu elemen penting dalam membuat keputusan. Contoh, ketika memasak, kita sering bertanya “bila boleh masukkan rencah?”, ketika bercucuk tanam atau bertani “Bila nak mula letak baja atau siram air?”. Begitulah halnya dengan membuat keputusan untuk melabur, tak kira lah dalam FOREX, Emas atau saham, MASA ADALAH SEGALANYA.

Mengapa TA Penting Untuk Difahami?

TA digunakan untuk menjawab persoalan BILA ingin membeli dan BILA ingin menjual sesuatu sekuriti. Persoalan ini penting kerana untung atau rugi sesuatu urusniaga sekuriti amat bergantung kepada MASA MASUK (Entry) dan MASA KELUAR (Exit). Sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Contoh:

Pada tahun 1929, harga saham US menjunam teruk, sekiranya sesorang membeli saham pada tahun tersebut, ia memerlukan masa 22 tahun untuk mendapatkan kembali modalnya!

Contoh: Air Asia
Sekiranya anda membeli saham AirAsia pada Ogos 2009 – RM1.56, maka anda sudah kerugian sebanyak RM0.28 (18%) bagi seunit saham memandangkan harga semasa adalah RM1.28!

Jika anda membeli pada akhir Jun 2009 – Harga RM1.08, Untung sekarang adalah RM0.48 (30%) seunit!. Ini adalah contoh pentingnya pengetahuan mengenai TA dalam membuat keputusan pelaburan.

FOKUS PADA HARGA & TREND!

Trend adalah merujuk kepada kecenderungan arah pasaran yang ketara. Trend terbahagi kepada tiga:

1. Trend menaik (Upward, Bullish)
2. Trend menurun (Downward, Bearish)
3. Trend mendatar (Sideways)

Harga sesuatu sekuriti adalah hasil dari reaksi kelompok pembeli dan penjual dalam sesebuah pasaran. Reaksi mereka terbentuk dari maklumat yang mereka terima. Maklumat mengenai sesuatu sekuriti terdiri dari pelbagai faktor samada fakta sahih, pendapat, emosi dan spekulasi.

Secara mudah, sebarang harga ditentukan oleh kuasa pasaran iaitu Permintaan dan Penawaran. sekiranya Permintaan (Pembeli) lebih dominan, maka harga akan meningkat, sebaliknya jika Penawaran (Penjual) lebih dominan, harga akan jatuh.

Ada ketika, dua kelompok ini tidak dapat membuat keputusan dan mengambil langkah tunggu dan lihat. Ini terjadi apabila mereka menanti satu maklumat penting yang signifikan terhadap harga pasaran. Ketika ini pasaran tidak aktif dan harga biasanya mendatar.