Tips Memilih Kelas Forex
Assalamualaikum
FOREX merupakan satu bentuk pelaburan yang menjanjikan potensi pulangan paling tinggi berbanding bentuk pelaburan lain seperti Emas, Hartanah dan Saham. Namun begitu, FOREX juga merupakan pelaburan paling berisiko berbanding pelaburan lain. Ini kerana, FOREX merupakan pelaburan paling “volatile” (kadar turun naik yang pantas dalam julat yang besar).
FOREX perlu dipelajari. Ia bukan sesuatu yang boleh difahami dalam masa yang singkat. Jika anda ingin berjaya dalam FOREX, anda perlu menganggap FOREX sebagai satu perniagaan dan bukan hobi. Anda perlu mengeluarkan MODAL dan MASA bagi memastikan perniagaan anda berjaya.
KELAS FOREX – Mengapa anda perlukannya?
Manusia mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Jesteru, kita memerlukan pemudah cara bagi menjelaskan sesuatu konsep kepada kita. Benar, ada orang yang tidak memerlukan Kelas FOREX pun untuk memahaminya. Tetapi, sudah pasti ia memerlukan masa yang lama (berbulan-bulan atau bertahun-tahun)Â serta komitment yang tinggi untuk menguasai ilmu FOREX. Bukan semua orang punyai masa yang lapang untuk komited untuk memahami FOREX secara bersendirian. Jesteru, Kelas FOREX berperanan dalam mengoptimumkan penggunaan masa dalam memahami FOREX.
KELAS FOREX – Bukan Jaminan Anda Berjaya
Kelas FOREX hanya menyediakan kefahaman asas serta beberapa input penting sebagai persediaan awal sahaja. Anda perlu faham bahawa pelaburan FOREX adalah sesuatu yang dinamik dan proses pembelajaranya tidak akan berakhir.
TRADER YANG BERJAYA TIDAK SEMESTINYA GURU YANG BERKESAN
Arsene Wenger bukanlah seorang pemain terbaik di zamannya, tetapi dia mampu mengubah Arsenal menjadi juara. Garry Kasparov merupakan pemain catur paling hebat di dunia, tetapi beliau tidak mampu melahirkan pemain yang hebat malah Garry sendiri dilatih oleh pemain yang mempunyai rating lebih rendah dari beliau. Pencapaian peribadi seorang guru tidak semestinya menjamin kemampuannya untuk memberi kefahaman mengenai sesuatu ilmu.
TIPS MEMILIH KELAS FOREX
1. Elakkan mengikuti kelas forex yang tidak realistik seperti menjanjikan pulangan ribuan ringgit dalam sekelip mata.
2. Elakkan kelas forex yang menjanjikan satu sistem ajaib atau short cut untuk mendapatkan untung (menghafal indikator).
3. Cari kelas Forex yang tidak mengenakan caj terlalu mahal.
4. Kalau boleh, nilai kelas FOREX melalui artikel-artikel mereka dan bukan pencapaian individu.
5. Kalau anda mampu, belajarlah dengan lebih dari seorang guru / kelas.





trader yg berjaya x smestignya guru yg berkesan?
so cm mana nak ajo kalu kita sediri x pandai..?
begini ya. istilah x pandai tu, saya tak setuju. cth begini, seorg jurulaatih/manager yg berjaya x semestinya pemain yg berjaya. ini dapat dilihat dlm sukan bolasepak. asene werger manager arsenal adalah contoh. a good manager but as a soccer player, org x kenal dia. cth lain jose mourinho, bekas manager chelsea. begitu juga dlam forex. cth yg lebih mudah. ibubapa yg tak berpelajaran dan miskin, tapi anak mereka berjaya dlm akademik.
kawan saya pulak, latih anak dia main catur, sehingga dapat gelaran international master. tapi dia sendiri x sampai pun peringkat negeri pencapaiannya.
Saya setuju dgn artikel di atas. Real trading involve emotional element, so, succesful trader biasanya able to overcome this problem. Guru yang baik ialah orang yang boleh memberi kefahaman, berdasarkan method pedagogi yang berkesan.
Maybe he’s not a succesful trader but he must have knowledge on what he’s going to teach and present it clearly. itu je. Cth Kasparov tu a good example.