Persiapan Mental Seorang FX Trader
“FX Trading is 45% IQ, 45% EQ & 10% Luck”
Dalam apa saja yang kita lakukan, persiapan mental amat penting. Persiapan mental yang cukup dapat membantu kita menjadi seorang individu yang lebih baik, tenang dan dapat melakukan keputusan dengan lebih tepat. Melibatkan diri dalam FX Trading memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Mental yang bersedia akan menjadikan emosi lebih stabil. Persiapan mental yang baik akan membantu traders untuk:
1. Memahami sifat pasaran FX dengan lebih mendalam.
2. Menerima keterbatasan (limitation) indikator-indikator dalam Technical Analysis.
3. Memahami pergerakan harga dengan lebih baik
4. Menerima risiko kerugian dengan lebih tenang
5. Menjadikan anda Trader yang lebih matang
TIPS PERSEDIAAN MENTAL SEORANG FX TRADER
Anda Tidak Boleh Jadi Jutawan Sekelip Mata Melalui FX Trading
Ramai traders baru menganggap FX Trading adalah kunci kepada kekayaan dalam masa yang singkat. Ini adalah satu SALAH TANGGAPAN yang AMAT SERIUS. FX Trading adalah seperti perniagaan konvensional yang lain. Ia bukan satu pasaran ajaib yang menjamin kekayaan sekelip mata. Ia perlu diperoleh secara berperingkat, bergantung kepada ILMU, PENGALAMAN, MODAL serta TUAH anda.
Bukan Semua Orang Boleh Berjaya Dalam FX Trading
“Kalau dia boleh, kenapa tidak saya?” adalah satu ungkapan motivasi yang baik namun harus diaplikasi dengan bijaksana. Tuhan mengurniakan manusia minat, ilmu dan sifat yang berbeza-beza. Jesteru, tahap kefahaman, kestabilan emosi, serta pengurusan risiko antara manusia juga berbeza. Sebagai contoh, seorang jutawan Insurans belum tentu dapat menjadi jutawan MLM dan sebaliknya. Seorang peniaga kain yang berjaya belum tentu akan berjaya jika dia menjual kereta. Jadi, kenali diri anda sebelum memberi komitment terhadap sesuatu pelaburan.
Pasaran FX Dibentuk Oleh Manusia, Bukan Robot
Pasaran FX bukan dibentuk oleh komputer yang rigid. Ia dibentuk oleh manusia-manusia dari pelbagai latar belakang ilmu, sifat serta tahap emosi. Jadi, memahami pasaran FX samalah seperti anda cuba memahami reaksi jutaan manusia. Ia adalah sesuatu yang sukar dan tidak dapat dikuasai serta-merta. Ia memerlukan masa, pengalaman dan ilmu yang perlu dikemaskini setiap masa.
Technical Analysis Tidak 100% Tepat
Petunjuk dalam analisis carta hanyalah satu reaksi dari rangkuman keputusan jutaan FX Trader di seluruh dunia. TA bukanlah peramal harga ajaib. Jadi, walau sehebat mana pun analisis anda, pastikan anda akur bahawa TA berpotensi untuk tersasar.
FX Adalah Pelaburan Paling Berpotensi Tetapi Ia Bukan Segalanya!
Jangan meletakkan 100% harapan untuk hidup senang dengan FX. FX Trading hanyalah salah satu dari banyak cabang pelaburan yang mempunyai potensi pulangan yang tinggi. Pelbagaikan sumber pelaburan anda.
Sesuaikan dengan tahap modal anda dan pengurusan risiko anda.




