Memahami Konsep “Jual & Beli” Dalam Satu Transaksi

Secara logiknya, setiap benda di dunia ini ada pasangannya. Siang/Malam, Debit/Kredit, Berat/Ringan dan sebagainya. Begitu juga dalam setiap urusniaga… sebenarnya tanpa kita sedari setiap urusniaga mempunyai “Jual dan Beli” dalam satu masa.

Setiap transaksi FOREX sebenarnya melibatkan konsep Beli dan Jual (atau Jual dan Beli) secara SERENTAK. Konsep ini memang agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan traders baru dalam bidang FOREX.

Kita ambil contoh pembelian saham syarikat A. Andaikan anda membeli 1000 unit saham syarikat A, ianya jelas bahawa anda telah memiliki 1000 unit saham A dan berharap harga saham tersebut akan naik dan menjual saham tadi apabila mencapai keuntungan yang dikehendaki. Beza antara harga Open (BUY) dan harga Closed (SELL) tadilah yang akan menentukan untung anda. Mudah bukan?

Tapi dalam FOREX, Belian satu jenis currency pada masa yang sama melibatkan jualan jenis currency yang lain. Inilah yang dinamakan FOREIGN EXCHANGE. Apabila kita mengharapkan satu jenis currency (US Dollar contohnya) meningkat, persoalan yang timbul adalah “Meningkat berbanding apa?” Jawapannya pastilah berbanding currency yang satu lagi (Yen Jepun contohnya). Secara perbandingan, sekiranya nilai satu jenis currency meningkat, ia juga bermaksud nilai currency yang menjadi pairnya akan menurun.

Contoh:

Kembali pada pembelian saham syarikat A tadi.. sebenarnya apabila kita membeli 1000 unit saham (katakanlah pada harga RM1 seunit), kita sebenarnya pada masa yang sama menjual Duit kita. Lalu apabila kita menjual kembali saham tadi pada harga yang lebih tinggi (katakanlah RM1.50 seunit), kita sebenarnya membeli kembali Duit dengan keuntungan sebanyak RM500.

Kesimpulan:
Dalam setiap satu transaksi, terdapat dua aktiviti yang berlaku serentak iaitu “Beli dan Jual” atau “Jual dan Beli”. Dalam konteks FOREX, urusniaga yang berlaku adalah :

1. BUY Base Currency dan sell Quote Currency atau,
2. SELL Base Currency dan buy Quote Currency.

P/S: Quote Currency juga kadang-kadang disebut Counter Currency

Leave a Reply