Archive for the ‘Psikologi Forex’ Category

Belajar Dari Kesilapan Penganalisis Bertauliah

FOREX merupakan satu pelaburan yang amat dinamik (tidak static dan rigid). Pakar Analisis sekalipun melakukan banyak kesilapan dalam membuat keputusan pelaburan walaupun mereka ini adalah PENGANALISIS BERTAULIAH. Sebagai penutup tahun 2009, saya amat tertarik dengan satu artikel daripada Dailyfx mengenai PENGAKUAN IKHLAS para Penganalisis Forex Dailyfx mengenai kesilapan dan pengajaran yang mereka pelajari dalam FOREX sepanjang tahun 2009. Mari kita nilai nasihat-nasihat PAKAR ini:-

ANTONIO SOUSA – CHIEF STATEGIST

Mengalami kerugian pada separuh pertama tahun 2009 akibat jangkaan USD akan kukuh tetapi keadaan adalah sebaliknya. Walaupun begitu Antonio masih mampu mengekalkan ekuitinya untuk menjana keuntungan pada separuh kedua tahun 2009. Nasihat beliau:

1. Pastikan anda menggunakan Stop Loss dalam setiap position yang anda buka.
2.Tradelah berdasarkan jumlah ekuiti anda. Pastikan margin yang cukup untuk menampung kerugian.

JAMIE SAETTELE – SENIOR CURRENCY STRATEGIST

Kesilapan Jamie adalah memasuki pasaran terlalu awal tanpa menunggu signal yang betul-betul meyakinkan. Ini adalah kelemahan umum di mana kita mengabaikan teori Technical Analysis dan lebih berdasarkan kepada konsep “Jangkaan Berdasarkan Gerak Hati” tanpa menunggu isyarat yang betul-betul meyakinkan untuk masuk pasaran.

JOHN KICKLIGHTER – CURRENCY STRATEGIST

John member satu input yang berguna buat trader yang keliru antara Technical Analysis atau Fundamental Analysis. Ramai Traders yang membuat keputusan secara terburu-buru terhadap pengumuman data-data Fudamental yang signifikan seperti kadar faedah dan KDNK sesebuah Negara dan terus mengabaikan petunjuk-petunjuk Teknikal. Analisis FOREX perlu dilakukan secara komprehensif (mengambil kira Fundamental dan Technical Data) terutama bagi traders jangka masa panjang (swing traders).

DAVID RODRIGUEZ – CURRENCY ANALYST

David melakukan kesilapan pertama apabila memasuki pasaran dengan membeli USD dengan harapan USD akan meningkat dan mengabaikan trend pasaran yang menunjukkan USD akan terus jatuh Kesilapan itu menyebabkan David menjadi hilang kepercayaan terhadap analisisnya dan menyebabkan dia gagal memanfaatkan peluang apabila trend revesal benar-benar bermula. Moral: Apabila anda melakukan kesilapan,. ambil masa untuk menstabilkan emosi anda dan kembalilah kepada petunjuk pasaran yang signifikan.

ILYA SPIVAK – CURRENCY ANALYST

Kesilapan Ilya adalah terlalu bergantung kepada Fundamental Data dan mengabaikan kepentingan Technical Analisis dalam menunjukkan sesuatu trend. Ilya hanya menggunakan TA sebagai analisis untuk masuk dan keluar pasaran dan menggunakan Fundamental Data dalam menentukan trend pasaran jangka panjang. Moral: Dalam menganalisis Trend Pasaran, gunakan kedua-dua TA dan FA kerana TA adalah reaksi kepada FA

JOHN RIVERA – CURRENCY ANALYST

Kesilapan John adalah sesuatu yang biasa dibuat oleh Amatur; menutup position terlalu cepat bila untung, walaupun telah meletakkan sasaran keuntungan yang lebih tinggi. Ini biasanya berkait rapat dengan pengaruh psikologi. Kita cenderung untuk membiarkan position yang rugi berbanding position yang menguntungkan).

DAVID SONG – CURRENCY ANALYST

David memberikan tips berguna dalam menyesuaikan trading sistem berdasarkan keadaan pasaran. Walaupun adalah baik untuk mempunyai satu sistem trading yang konsisten, tetapi kita juga perlu memiliki trading sistem alternatif memandangkan pasaran Forex itu sendiri berubah – ubah. Analoginya, walaupun anda seorang yang selesa dengan teknik swing (jangka panjang), anda juga perlu bersedia untuk menguasai teknik scalping bagi meningkatkan potensi keuntungan andan.

JOEL KRUGER – TECHNICAL STRATEGIST

Nasihat Joe adalah mudah:
1. Sesuaikan tahap risiko anda berdasarkan sistem trading. Jika anda bermain untuk jangka masa pendek, jangan risikokan modal yang besar dan sebaliknya.
2. Trader seharusnya mempunyai persediaan yang rapi sebelum masuk pasaran iaitu, tentukan tahap untung/rugi yang sesuai, tentukan startegi dan komited dengan plan anda.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2010!


SUMBER ASAL: DAILYFX

Persiapan Mental Seorang FX Trader

“FX Trading is 45% IQ, 45% EQ & 10% Luck”

Dalam apa saja yang kita lakukan, persiapan mental amat penting. Persiapan mental yang cukup dapat membantu kita menjadi seorang individu yang lebih baik, tenang dan dapat melakukan keputusan dengan lebih tepat. Melibatkan diri dalam FX Trading memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Mental yang bersedia akan menjadikan emosi lebih stabil. Persiapan mental yang baik akan membantu traders untuk:

1. Memahami sifat pasaran FX dengan lebih mendalam.

2. Menerima keterbatasan (limitation) indikator-indikator dalam Technical Analysis.

3. Memahami pergerakan harga dengan lebih baik

4. Menerima risiko kerugian dengan lebih tenang

5. Menjadikan anda Trader yang lebih matang

TIPS PERSEDIAAN MENTAL SEORANG FX TRADER

Anda Tidak Boleh Jadi Jutawan Sekelip Mata Melalui FX Trading

Ramai traders baru menganggap FX Trading adalah kunci kepada kekayaan dalam masa yang singkat. Ini adalah satu SALAH TANGGAPAN yang AMAT SERIUS. FX Trading adalah seperti perniagaan konvensional yang lain. Ia bukan satu pasaran ajaib yang menjamin kekayaan sekelip mata. Ia perlu diperoleh secara berperingkat, bergantung kepada ILMU, PENGALAMAN, MODAL serta TUAH anda.

Bukan Semua Orang Boleh Berjaya Dalam FX Trading

“Kalau dia boleh, kenapa tidak saya?” adalah satu ungkapan motivasi yang baik namun harus diaplikasi dengan bijaksana. Tuhan mengurniakan manusia minat, ilmu dan sifat yang berbeza-beza. Jesteru, tahap kefahaman, kestabilan emosi, serta pengurusan risiko antara manusia juga berbeza. Sebagai contoh, seorang jutawan Insurans belum tentu dapat menjadi jutawan MLM dan sebaliknya. Seorang peniaga kain yang berjaya belum tentu akan berjaya jika dia menjual kereta. Jadi, kenali diri anda sebelum memberi komitment terhadap sesuatu pelaburan.

Pasaran FX Dibentuk Oleh Manusia, Bukan Robot

Pasaran FX bukan dibentuk oleh komputer yang rigid. Ia dibentuk oleh manusia-manusia dari pelbagai latar belakang ilmu, sifat serta tahap emosi. Jadi, memahami pasaran FX samalah seperti anda cuba memahami reaksi jutaan manusia. Ia adalah sesuatu yang sukar dan tidak dapat dikuasai serta-merta. Ia memerlukan masa, pengalaman dan ilmu yang perlu dikemaskini setiap masa.

Technical Analysis Tidak 100% Tepat

Petunjuk dalam analisis carta hanyalah satu reaksi dari rangkuman keputusan jutaan FX Trader di seluruh dunia. TA bukanlah peramal harga ajaib. Jadi, walau sehebat mana pun analisis anda, pastikan anda akur bahawa TA berpotensi untuk tersasar.

FX Adalah Pelaburan Paling Berpotensi Tetapi Ia Bukan Segalanya!

Jangan meletakkan 100% harapan untuk hidup senang dengan FX. FX Trading hanyalah salah satu dari banyak cabang pelaburan yang mempunyai potensi pulangan yang tinggi. Pelbagaikan sumber pelaburan anda.

Sesuaikan dengan tahap modal anda dan pengurusan risiko anda.