Archive for the ‘Forex’ Category

Free Ebook: On-Line Manual For Successful Trading

Ini pertama kali atoqa menulis di sini, jadi anda akan dapati bahasa dalam post sebelum ini dan post ini tidak sama. Sebetulnya saya amat jarang menulis tentang forex. Maklum sahaja, saya masih baru jadi saya biarkan ruangan post blog ini di isi oleh celikta dan betarian, mereka berdua lebih otai dan lebih kacak :-)

Sebagai hadiah untuk pertama kali anda membaca post saya yg singkat ini, anda boleh download percuma buku ini. Saiznya tidak besar, cuma 141 muka surat dan dalam format PDF.

Jika anda mahu komplen tentang laman blog ini, design tidak lawa, susun atur yg tidak friendly user atau apa-apa sahaja, terus sahaja ke ruangan contact dan jangan segan untuk komplen. Klik sini untuk download buku tersebut ya.

Apapun blog ini masih baru dan dalam proses pembinaan. Kami sedang mengemas alatan kerja kami dan mungkin dalam masa terdekat, semuanya akan ok. Dalam post akan datang, saya akan kenalkan anda dengan watak-watak dalam laman ini. Barulah glamor sikit.

Da Bomb,
atoqa_signature

Leverage & Margin

Leverage

Memandangkan nilai pips amatlah kecil (biasanya 1/10000), maka untuk mendapatkan pulangan sebanyak USD0.10 sekali pun kita memerlukan sekurang-kurangnya USD1000 dalam akaun. Jadi bagi setiap lot yang kita dagangkan (katakan 1 lot micro=1000 unit), pulangan atas modal (Return on Equity) kita hanyalah USD0.10 atau 0.01%… Ini bukanlah satu bentuk pulangan yang praktikal.

Oleh itu, Broker FOREX menawarkan satu bentuk pinjaman bagi membolehkan kita mengawal jumlah lot yang besar dengan modal yang kecil. Pinjaman ini adalah berdasarkan nisbah X:1 (X adalah jumlah USD yang dipinjamkan bagi setiap USD1 yang kita ada).

Contoh yang lebih mudah adalah begini: Katakan modal untuk membuka sebuah perniagaan adalah RM100,000 tetapi kita hanya mempunyai RM10,000 sahaja modal sendiri. Tentulah sukar untuk kita memulakan perniagaan tersebut. Jadi, kita pergi ke Bank untuk membuat pinjaman overdraft. Pihak Bank bersetuju untuk memberi RM100,000 jika kita mencagarkan RM10,000 yang kita ada dalam bentuk Simpanan Tetap. maka nisbah yang diberikan adalah 10:1. Inilah yang dikatakan sebagai LEVERAGE.

Leverage yang ditawarkan oleh Broker Forex amat tinggi seperti biasanya berikut:

a. 100:1
b. 200:1
c. 400:1

Margin

Margin secara mudah adalah jumlah equity yang perlu kita ada bagi membolehkan kita menggunakan Leverage dalam urusniaga. Margin terbahagi kepada beberapa jenis:

1. Margin Required
2. Account Margin
3. Used Margin
4. Usable Margin
5. Margin Call

Margin Required
Jumlah modal minimum anda yang diperlukan oleh Broker untuk membuka satu-satu position. Ia dinyatakan dalam bentuk peratus (%) dari jumlah position yang dibuka. Margin Required juga menentukan berapa jumlah Leverage yang diberikan oleh Broker pada anda seperti berikut:

Margin Required – Leverage

Account Margin (Equity)
Jumlah wang (Modal Awal + Profit) yang anda ada dalam akaun FOREX

Used Margin
Jumlah modal yang akan “dikunci”sepanjang anda berada dalam satu-satu position. Ringkasnya, ia juga merujuk kepada Harga Kos bagi setiap Lot berdasarkan Leverage yang ditetapkan seperti berikut:


Used Margin

Usable Margin
Jumlah wang yang ada dalam akaun untuk menampung sebarang kejatuhan nilai pair bagi setiap position yang sedang dibuka. Bagi tujuan pengurusan risiko, jumlah usable margin yang dicadangkan adalah sekitar 90%-95% dari jumlah equity.

Margin Call
Berlaku apabila jumlah equity jatuh LEBIH RENDAH daripada Usable Margin. Ketika ini, semua position akan ditutup. Sebarang kerugian akan ditolak. Hanya Margin Used bagi setiap lot yang akan dikembalikan (kerana ini adalah modal anda)

Sebelum Trade
*Perhatikan Used Margin = Usable margin sebab kita belum buka sebarang position

Selepas Buka Position
*USD2.50 (5% drp Equity) dikunci sebagai kos 1 lot micro 1000 unit (Leverage 1000:2.5 = 400:1)
Usable Margin USD47.50 (95% drp Equity) digunakan sebagai buffer untuk menampung sebarang kejatuhan harga (jika ada)

Selepas Close Position
Untung selepas closed position (selepas lebih kurang 10 minit)
Return on Equity = USD3/USD50 = 6%

Terminologi Asas Dalam FOREX

Dalam mempelajari FOREX, anda akan bertemu dengan basic terms yang perlu diingat untuk memudahkan pemahaman. Antaranya adalah:-

Broker Forex

Entiti yang menyediakan platform untuk kita berurusniaga. Entiti ini merupakan orang tengah antara KITA dan PASARAN FOREX. Antara Broker FOREX yang popular adalah FXCM, Interbank, Marketiva, FXOpen dan lain-lain.

INGAT: Broker FOREX hanya MENYEDIAKAN PLATFORM BUKAN MELAKUKAN URUSNIAGA BAGI PIHAK KITA.

Lot
Jumlah unit matawang yang didagangkan. ia bergantung pada jenis akaun:
1. Micro (1 lot = 1000 unit)
2. Mini (1 lot = 10,000 unit)
3. Standard (1 lot = 100,000 unit)

Pips
Nilai terkecil (perpuluhan) dalam sesuatu pair. Contoh pips (warna merah) adalah seperti berikut:

1. GBP/USD : 1.66445
2. USD/JPY : 114.6354

Andaikan nilai GBP/USD naik ke 1.66447, ia telah meningkat sebanyak 2 pips. ia juga boleh dilihat dalam bentuk perpuluhan atau point iaitu 0.00002 (5 tempat perpuluhan). Jika
USD/JPY meningkat ke 114.6356 ia juga telah meningkat sebanyak 2 pips tetapi dalam bentuk points 0.0002 (4 tempat perpuluhan).

Untuk menukar dalam nilai USD, darabkan dengan unit yang ada dalam 1 lot (contoh Micro = 1000 unit). Dalam contoh ini, pair 2 pips GBP/USD bernilai USD0.02 manakala 2 pips USD/JPY bernilai USD0.20

Open Price
Harga Buka bagi setiap pair samada position BUY atau position SELL.

Closed Price
Harga Tutup bagi setiap Pair

Profit & Loss
Beza antara Open dan Closed Price. Bergantung pada jenis position:

1. Position BUY : Closed > Open = Profit dan sebaliknya
2. Position SELL: Open > Closed = Profit dan sebaliknya

Spread
Secara mudah spread adalah komisen yang dicaj oleh Broker FOREX atas setiap transaksi yang kita lakukan.

Bullish Market
Keadaan pasaran di mana sesuatu harga Pair dijangka akan MENINGKAT (Pembeli > Penjual)

Bearish Market
Keadaan pasaran di mana sesuatu harga Pair dijangka akan JATUH (Penjual > Pembeli)

Limit Order

Arahan untuk menutup position pada harga tertentu setelah mencapai sasaran profit yang dikehendaki.

Stop Loss Order
Arahan untuk menutup position pada harga tertentu sekiranya pasaran berubah arah bagi meminimumkan kerugian.

Memahami Konsep “Jual & Beli” Dalam Satu Transaksi

Secara logiknya, setiap benda di dunia ini ada pasangannya. Siang/Malam, Debit/Kredit, Berat/Ringan dan sebagainya. Begitu juga dalam setiap urusniaga… sebenarnya tanpa kita sedari setiap urusniaga mempunyai “Jual dan Beli” dalam satu masa.

Setiap transaksi FOREX sebenarnya melibatkan konsep Beli dan Jual (atau Jual dan Beli) secara SERENTAK. Konsep ini memang agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan traders baru dalam bidang FOREX.

Kita ambil contoh pembelian saham syarikat A. Andaikan anda membeli 1000 unit saham syarikat A, ianya jelas bahawa anda telah memiliki 1000 unit saham A dan berharap harga saham tersebut akan naik dan menjual saham tadi apabila mencapai keuntungan yang dikehendaki. Beza antara harga Open (BUY) dan harga Closed (SELL) tadilah yang akan menentukan untung anda. Mudah bukan?

Tapi dalam FOREX, Belian satu jenis currency pada masa yang sama melibatkan jualan jenis currency yang lain. Inilah yang dinamakan FOREIGN EXCHANGE. Apabila kita mengharapkan satu jenis currency (US Dollar contohnya) meningkat, persoalan yang timbul adalah “Meningkat berbanding apa?” Jawapannya pastilah berbanding currency yang satu lagi (Yen Jepun contohnya). Secara perbandingan, sekiranya nilai satu jenis currency meningkat, ia juga bermaksud nilai currency yang menjadi pairnya akan menurun.

Contoh:

Kembali pada pembelian saham syarikat A tadi.. sebenarnya apabila kita membeli 1000 unit saham (katakanlah pada harga RM1 seunit), kita sebenarnya pada masa yang sama menjual Duit kita. Lalu apabila kita menjual kembali saham tadi pada harga yang lebih tinggi (katakanlah RM1.50 seunit), kita sebenarnya membeli kembali Duit dengan keuntungan sebanyak RM500.

Kesimpulan:
Dalam setiap satu transaksi, terdapat dua aktiviti yang berlaku serentak iaitu “Beli dan Jual” atau “Jual dan Beli”. Dalam konteks FOREX, urusniaga yang berlaku adalah :

1. BUY Base Currency dan sell Quote Currency atau,
2. SELL Base Currency dan buy Quote Currency.

P/S: Quote Currency juga kadang-kadang disebut Counter Currency